Saturday, December 29, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Seperti lipas kudung



Seperti lipas kudung
快手快脚










Orang pantas atau cepat melakukan kerja.
比喻做事很快的人。

Friday, December 28, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Seperti rusa masuk kampung




Seperti rusa masuk kampung
惊慌失措










Tercengang-cengang kehairanan atau terkejut.
比喻感到惊愣。

Thursday, December 27, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Sudah jatuh ditimpa tangga




Sudah jatuh ditimpa tangga
祸不单行










Seseorang ditimpa kemalangan berturut-turut.
比喻不好的事接一连三地发生。

Wednesday, December 26, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Sambil menyelam minum air




Sambil menyelam minum air

一举两得










Melakukan sesuatu perkara tetapi mencapai dua maksud.
比喻做一件事,却同时得到两种收获。

Tuesday, December 25, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Rosak badan kerana mulut




Rosak badan kerana mulut
祸从口出










Mendapat kesusahan kerana bercakap melebihi batas.
比喻说话过份会招致麻烦。

Monday, December 24, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Bumi mana yang tidak ditimpa hujan




Bumi mana yang tidak ditimpa hujan











Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan.
比喻每一个人都会犯错。


Sunday, December 23, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Bagai mencurah air ke daun keladi




Bagai mencurah air ke daun keladi
白费心机










Sia-sia memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar kata.
比喻劝告听不进别人的话的人,只是白费力气而已。

Contoh Ayat:
Segala nasihat Pak Uda kepada abang bagai mencurah air ke duan keladi kerana abang msih tidak mengubah perangainya.

Saturday, December 22, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Bagai kelip-kelip terbang malam



Bagai kelip-kelip terbang malam
纸包不住火










Sesuatu rahsia yang sudah diketahui orang.
比喻某个已被别人揭穿的秘密。

Contoh Ayat:
Adik bagai kelip-kelip terbang malam apabila ayah mengetahui dia selalu tidak pergi ke kelas tambahan.

Friday, December 21, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Bagai murai tercabut ekor




Bagai murai tercabut ekor
喋喋不休





Orang yang banyak bercakap.
比喻喜欢说话的人。

Contoh Ayat:
Siti yang bercakap bagai murai tercabut ekor itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.

Thursday, December 20, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Bagai melepaskan anjing tersepit



Bagai melepaskan anjing tersepit
好心没好报










Menolong orang yang tidak tahu membalas jasa.
比喻帮了不懂回报恩情的人。

Contoh Ayat:
Perbuatan Raju menolong pemandu kereta yang rosak itu bagai melepaskan anjing tersepit apabila pemandu itu merompaknya.

Tuesday, December 18, 2012

Marilah cuba siapkan latihan ini - kata nama

Marilah cuba siapkan latihan ini - kata nama

click link di bawah:
Latihan Kata Nama


Selamat Pagi



Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. 

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik.

1 Hari 1 Pepatah - Bagai duri dalam daging



Bagai duri dalam daging
有如肉中之刺









Sesuatu hal atau perkara yang tidak menyenangkan hati.
比喻某件让人不愉快的事。

Contoh Ayat:
Penyelia kilang pakaian itu selalu mencari kesalahan para pekerjanya. Sikapnya itu bagai duri dalam daging pada para pekerja.

Saturday, December 15, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Bagai kucing kehilangan anak



Bagai kucing kehilangan anak










Orang yang dalam keadaan bingung.
比喻不知所措。

Contoh Ayat:
Rosli bagai kucing kehilangan anak apabila diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Friday, December 14, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Sarang tebuan jangan dijolok




Sarang tebuan jangan dijolok








Jangan mencari bahaya.
比喻不要自找麻烦。

Contoh Ayat:
Ibu menasihati David supaya jangan melakukan kerja yang berbahaya kerana buruk padahnya seperti kata bidalan sarang tebuan jangan dijolok.

Thursday, December 13, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Bagaimana acuan, begitulah kuihnya



Bagaimana acuan, begitulah kuihnya








Sifat seseorang anak diwarisi daripada ibu bapanya.
比喻有其父必有其子。

Contoh Ayat:
Lili mengikuti bidang perubatan kerana ingin mengikut jejak ayahnya yang bekerja sebagai seorang doktor. Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Wednesday, December 12, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Nasi sudah menjadi bubur


Nasi sudah menjadi bubur






Keadaan atau kejadian yang tidak boleh diubah lagi.
比喻不能改变的事(米已成粥)。

Contoh Ayat:
Amir menyesal kerana sikapnya yang malas belajar menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan, namun nasi sudah menjadi bubur.

Tuesday, December 11, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Air yang tenang jangan disangka tiada buaya



Air yang tenang jangan disangka tiada buaya






Orang yang tidak banyak bercakap jangan disangka bodoh atau penakut.
比喻人不可貌相,海水不可斗量。

Contoh Ayat:
Walaupun Ravi seorang yang pediam, tetapi dia sangat petah berhujah, sememangnya air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Monday, December 10, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Itik mendapat air


Itik mendapat air






Gembira apabila mendapat sesuatu yang diidam-idamkan.
比喻获得非常喜爱的事物。

Contoh Ayat:
Patricia seperti itik mendapat air apabila ayahnya menghadiahkan seutas rantai pada hari jadinya.

Sunday, December 9, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Sediakan payung sebelum hujan


Sediakan payung sebelum hujan

未雨绸缪





Berjaga-jaga sebelum ditimpa kesusahan.
比喻未雨绸缪。


Contoh Ayat:
Puan Alia menasihati anak-anaknya supaya berjimat-cermat dan menyimpan wang untuk kegunaan di masa hadapan, seperti kata bidalan sediakan payung sebelum hujan. 

Saturday, December 8, 2012

Cerita 5 - Semut dan Belalang


Semut dan Belalang




           Pada siang hari di akhir musim gugur, satu keluarga semut yang telah bekerja keras sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan, mengeringkan butiran-butiran gandum yang telah mereka kumpulkan selama musim panas. Saat itu seekor belalang yang kelaparan, dengan sebuah biola di tangannya datang dan memohon dengan sangat agar keluarga semut itu memberikan sedikit makan untuk dirinya.

           "Apa!" teriak sang Semut dengan terkejut, "tidakkah kamu telah mengumpulkan dan menyiapkan makanan untuk musim dingin yang akan datang ini? Selama ini apa saja yang kamu lakukan sepanjang musim panas?"

            "Saya tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan," keluh sang Belalang; "Saya sangat sibuk membuat lagu, dan sebelum saya sadari, musim panas pun telah berlalu."

             Semut tersebut kemudian mengangkat bahunya karena merasa gusar.

            "Membuat lagu katamu ya?" kata sang Semut, "Baiklah, sekarang setelah lagu tersebut telah kamu selesaikan pada musim panas, sekarang saatnya kamu menari!" Kemudian semut-semut tersebut membalikkan badan dan melanjutkan pekerjaan mereka tanpa memperdulikan sang Belalang lagi.

Ada saatnya untuk bekerja dan ada saatnya untuk bermain.

Friday, December 7, 2012

Cerita 4 - Keledai dan Garam Muatannya


Keledai dan Garam Muatannya




           Seorang pedagang, menuntun keledainya untuk melewati sebuah sungai yang dangkal. Selama ini mereka telah melalui sungai tersebut tanpa pernah mengalami satu pun kecelakaan, tetapi kali ini, keledainya tergelincir dan jatuh ketika mereka berada tepat di tengah-tengah sungai tersebut. Ketika pedagang tersebut akhirnya berhasil membawa keledainya beserta muatannya ke pinggir sungai dengan selamat, kebanyakan dari garam yang dimuat oleh keledai telah meleleh dan larut ke dalam air sungai. Gembira karena merasakan muatannya telah berkurang sehingga beban yang dibawa menjadi lebih ringan, sang Keledai merasa sangat gembira ketika mereka melanjutkan perjalanan mereka.

           Pada hari berikutnya, sang Pedagang kembali membawa muatan garam. Sang Keledai yang mengingat pengalamannya kemarin saat tergelincir di tengah sungai itu, dengan sengaja membiarkan dirinya tergelincir jatuh ke dalam air, dan akhirnya dia bisa mengurangi bebannya kembali dengan cara itu.

            Pedagang yang merasa marah, kemudian membawa keledainya tersebut kembali ke pasar, dimana keledai tersebut di muati dengan keranjang-keranjang yang sangat besar dan berisikan spons. Ketika mereka kembali tiba di tengah sungai, sang keledai kembali dengan sengaja menjatuhkan diri, tetapi pada saat pedagang tersebut membawanya ke pinggir sungai, sang keledai menjadi sangat tidak nyaman karena harus dengan terpaksa menyeret dirinya pulang kerumah dengan beban yang sepuluh kali lipat lebih berat dari sebelumnya akibat spons yang dimuatnya menyerap air sungai.

Cara yang sama tidak cocok digunakan untuk segala situasi.

Thursday, December 6, 2012

Cerita 3 - Burung Gagak dan Sebuah Kendi


Burung Gagak dan Sebuah Kendi




               Pada suatu musim yang sangat kering, dimana saat itu burung-burungpun sangat sulit mendapatkan sedikit air untuk diminum, seekor burung gagak menemukan sebuah kendi yang berisikan sedikit air. Tetapi kendi tersebut merupakan sebuah kendi yang tinggi dengan leher kendi sempit. Bagaimanapun burung gagak tersebut berusaha untuk mencoba meminum air yang berada dalam kendi, dia tetap tidak dapat mencapainya. Burung gagak tersebut hampir merasa putus asa dan merasa akan meninggal karena kehausan.

                Kemudian tiba-tiba sebuah ide muncul dalam benaknya. Dia lalu mengambil kerikil yang ada di samping kendi, kemudian menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu memasukkan kerikil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendipun berangsur-angsur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat di capai oleh sang burung Gagak.

Walaupun sedikit, pengetahuan bisa menolong diri kita pada saat yang tepat.

Wednesday, December 5, 2012

Cerita 2 - Dua Ekor Kambing


Dua Ekor Kambing




Dua ekor kambing berjalan dengan gagahnya dari arah yang berlawanan di sebuah pegunungan yang curam, saat itu secara kebetulan mereka secara bersamaan masing-masing tiba di tepi jurang yang dibawahnya mengalir air sungai yang sangat deras. Sebuah pohon yang jatuh, telah dijadikan jembatan untuk menyebrangi jurang tersebut. Pohon yang dijadikan jembatan tersebut sangatlah kecil sehingga tidak dapat dilalui secara bersamaan oleh dua ekor tupai dengan selamat, apalagi oleh dua ekor kambing. Jembatan yang sangat kecil itu akan membuat orang yang paling berani pun akan menjadi ketakutan. Tetapi kedua kambing tersebut tidak merasa ketakutan. Rasa sombong dan harga diri mereka tidak membiarkan mereka untuk mengalah dan memberikan jalan terlebih dahulu kepada kambing lainnya.

Saat salah satu kambing menapakkan kakinya ke jembatan itu, kambing yang lainnya pun tidak mau mengalah dan juga menapakkan kakinya ke jembatan tersebut. Akhirnya keduanya bertemu di tengah-tengah jembatan. Keduanya masih tidak mau mengalah dan malahan saling mendorong dengan tanduk mereka sehingga kedua kambing tersebut akhirnya jatuh ke dalam jurang dan tersapu oleh aliran air yang sangat deras di bawahnya.

Lebih baik mengalah daripada mengalami nasib sial karena keras kepala.

Tuesday, December 4, 2012

1 Hari 1 Pepatah - Kecil ikan besar umpan





Kecil ikan besar umpan










Usaha yang besar, mendapat hasil yang kecil.
比喻付出的努力很多,成果却很少。(事倍功半)

Contoh Ayat:
Armin bersungguh-sungguh mengusahakan kebunnya, tetapi hasilnya masih sedikit sahaja,  umpama kecil ikan besar umpan.

Cerita 1 - Anjing dan Bayangannya


Anjing dan Bayangannya



Seekor anjing yang mendapatkan sebuah tulang dari seseorang, berlari-lari pulang ke rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati sebuah jembatan yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat bayangan dirinya terpantul dari air di bawah jembatan itu. Anjing yang serakah ini mengira dirinya melihat seekor anjing lain membawa sebuah tulang yang lebih besar dari miliknya.

Bila saja dia berhenti untuk berpikir, dia akan tahu bahwa itu hanyalah bayangannya. Tetapi anjing itu tidak berpikir apa-apa dan malah menjatuhkan tulang yang dibawanya dan langsung melompat ke dalam sungai. Anjing serakah tersebut akhirnya dengan susah payah berenang menuju ke tepi sungai. Saat dia selamat tiba di tepi sungai, dia hanya bisa berdiri termenung dan sedih karena tulang yang di bawanya malah hilang, dia kemudian menyesali apa yang terjadi dan menyadari betapa bodohnya dirinya.

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Hari Deepavali


Hari ini adalah Hari Deepavali.  

Hari Deepavali (Bahasa Tamil : தீபாவளி) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Selamat Hari Deepavali

Sunday, November 11, 2012

Gambar dan huruf vokal











Hari Kitar Semula Kebangsaan


Tahukah anda bahawa 11 November adalah Hari Kitar Semula Kebangsaan? Ia merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai peri pentingnya kitar semula dan bagi membuktikan sokongan kerajaan terhadap program ini. Secara fakta dan sejarahnya, Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley dan dirasmikan oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Saturday, November 10, 2012

selamat cuti sekolah

Selamat cuti sekolah
Belajar Bahasa Malaysia semasa cuti sekolah ya^_^

Sunday, October 7, 2012

1 Hari 1 Pepatah

Bagai kacang lupakan kulit

忘恩负义


Orang yang tidak tahu mengenang budi.
不懂感恩的人。

Saturday, October 6, 2012

1 Hari 1 Pepatah

ALANG-ALANG MANDI BIAR BASAH
一不做,二不休 或 有始有终



Setiap pekerjaan yang dibuatkan biarlah sampai berhasil.
做事要做到成功为止。